Selasa, Disember 08, 2009

Hargailah Anugerah Illahi..

" Sesungguhnya tugas paling utama yang dipikul di atas bahu sesebuah keluarga adalah mendidik anak dan membentuk mereka dengan pembentukan yang betul. Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mendidik mereka untuk menjadi insan yang baik dan model yang sempurna di dalam masyarakat"..

Sesungguhnya anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik, sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya. Anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti yang disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim... yang bermaksud "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"...

- Jika kita ingin mencari panduan mendidik anak menurut Islam.. carilah buku bertajuk "ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH oleh Ustaz Zahazan Mohamed"

- Jadi hargailah anugerah Illahi terhadap insan bergelar ibubapa...

Tiada ulasan: