Rabu, Disember 09, 2009

Apakah Nilai Persahabatan Yang Sebenar??

"Kawan yang paling baik ialah seorang yang kita boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah di alami".

"Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang".

"Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!!"

Jadi hargailah persahabatan yang telah terjalin dikalangan kita semua... Usahlah dicalarkan kemurnian persahabatan kerana hasad dengki, fitnah, buruk sangka....

Persahabatan yang telah sedia ada terjalin tidak akan hilang dan pudar dengan wujudnya hubungan persahabatan yang baru...


Selasa, Disember 08, 2009

Hargailah Anugerah Illahi..

" Sesungguhnya tugas paling utama yang dipikul di atas bahu sesebuah keluarga adalah mendidik anak dan membentuk mereka dengan pembentukan yang betul. Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mendidik mereka untuk menjadi insan yang baik dan model yang sempurna di dalam masyarakat"..

Sesungguhnya anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik, sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya. Anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti yang disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim... yang bermaksud "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"...

- Jika kita ingin mencari panduan mendidik anak menurut Islam.. carilah buku bertajuk "ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH oleh Ustaz Zahazan Mohamed"

- Jadi hargailah anugerah Illahi terhadap insan bergelar ibubapa...

Isnin, Disember 07, 2009

Renungan Untuk Semua...

salam...mungkin selama ini dalam sedar atau tidak kita pasti akan melakukan kesalahan dan maksiat kepada Tuhan....jd alangkah eloknya kalau kita berfikir sejenak dan bermuhasabah diri terhadap setiap kesalahan dan dossa yang kita lakukan.. Jom kita hayati bersama-sama video ini....


semensa softball team 2009

Jom tgk slide show ini...


Slide

catcher n pitcher video

salam..slmt sejahtera ... erm kali ni kita nak bicara pasal dua org yang penting iaitu catcher and pitcher,,,.... uh...bukan senang nak jd catcher ni..apatah lagi kalu pitcher nya mak ooi...lajunya pitch..nak kena control game, tak nak lost ball... dan sebagainya... kalu wat latihan catcher memang kena faster action and thinking....
pitcher pun mesti sentiasa maintain bola pitchnya..

Jom tengok serba sedikit video berkaitan pitcher and catcher ni.... mana la tahu nak blajo ker...