Rabu, Disember 16, 2009

Berehat Seketika.....

salam..... eerm... dah lama juga tak update my blog saya ni.. al maklum la bz ngan kerja-kerja pengawasan ni... alhamdulillah.. arini maka berakhir lah tugas pengawasan saya kali ini untuk tahun 2009.....

pelbagai ragam dan gelagat pelajar dapat saya perhatikan sepanjang tugasan tersebut.. seronok???? mesti la he22.... yang penting, saya mendoakan semoga pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM 2009 akan mendapat keputusan yang terbaik nanti....

Teruskan perjuangan anda semua di menara gading pula ok...

Erm...jadi nak buat aper yer... berehat la kali ini sementara menunggu ketibaan tahun 2010 dengan tugas yang bakal mencabar...

ah...dah menjadi rutin tahunan.. apa yang penting.. do the best!!!!

Best juga sekali sekala kita layan lagu dikir barat ek.. he22...

Jom dengar....!!!!




dah dgr dikir barat ini??...ada faham??? kalu tak faham.. buat2 faham la yer...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H -pada 18hb 12 2009...

Sabtu, Disember 12, 2009

Bila Dunia Semakin Canggih..........

Salam..

Erm ape yer nak kita fikirkan ek...ooo masa depan yer???? semua itu blh dirancang tapi Allah jua lah yang akan menentukan segala-galanya..

Usaha + Doa + Tawakal = Hasilnya ( Dengan Izin Allah )

Jadi kita jangan mudah untuk mengaku kalah sebelum kita berjuang..

Dunia pada masa kini pun dah semakin canggih.. era teknologi .. kebanyakan remaja masa kini sudah terlalu biasa bermain games di dalam internet.... maybe kita banyak telah terlupa games tradisional yang kita main semasa kecil-kecil dahulu...

Maybe ini salah satu games yang pernah kita main ketika kecil-kecil dahulu ek...






apa mcm???? ok?? atau terkenang kan masa silam.... zaman keriangan.... thankz la yang bikin klip video ni....

Khamis, Disember 10, 2009

Seronok main nampak?????

best juga yer kalau dapat main cam mereka???


Rabu, Disember 09, 2009

Apakah Nilai Persahabatan Yang Sebenar??

"Kawan yang paling baik ialah seorang yang kita boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah di alami".

"Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang".

"Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!!"

Jadi hargailah persahabatan yang telah terjalin dikalangan kita semua... Usahlah dicalarkan kemurnian persahabatan kerana hasad dengki, fitnah, buruk sangka....

Persahabatan yang telah sedia ada terjalin tidak akan hilang dan pudar dengan wujudnya hubungan persahabatan yang baru...


Selasa, Disember 08, 2009

Hargailah Anugerah Illahi..

" Sesungguhnya tugas paling utama yang dipikul di atas bahu sesebuah keluarga adalah mendidik anak dan membentuk mereka dengan pembentukan yang betul. Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mendidik mereka untuk menjadi insan yang baik dan model yang sempurna di dalam masyarakat"..

Sesungguhnya anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik, sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya. Anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti yang disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim... yang bermaksud "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"...

- Jika kita ingin mencari panduan mendidik anak menurut Islam.. carilah buku bertajuk "ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH oleh Ustaz Zahazan Mohamed"

- Jadi hargailah anugerah Illahi terhadap insan bergelar ibubapa...